Sunday, 24 July 2011

GAMAT EMAS.....

 GAMAT
ASSALAMUALAIKUM....Zura hari ni nak citer pasal gamat..macam semua orang tau kebaikan gamat nie boleh menyembuhkan luka, tak kira la luka luaran atau dalaman.. Zura tertarik dengan beberapa produk keluaran Gamat Emas ni.. time dalam pantang Zura guna produk ni tau, pati gamat plus (asli).. untuk menyembuh luka time bersalin.. so ape lagi.. bace la artikel kat bawah nie yee..

Gamat sangat popular di kalangan masyarakat melayu dengan kesan penyembuhan luka dan ia adalah merupakan antara famili timun laut. Terdapat lebih 2000 spesis timun laut di dunia, dan 49 spesis di kenalpasti di perairan Malaysia manakala 9 spesis dikenali sebagai gamat (genus Stichopus). Menariknya Gamat emas telah dikenalpasti daripada Stichopus sp. berdasarkan warnanya yang seakan-akan emas dan juga daripada nilai terapeutik dan komersialnya yang sangat luas. 

Gamat adalah sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang). Ia berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian hadapan dan belakang. Haiwan ini makan secara “filter feeders” iaitu makan secara menyapu makanan dalam air atau sedimen menggunakan tentakel ke dalam mulut. Timun laut dan gamat membiak sama ada secara seksual ataupun aseksual iaitu pembelahan badan (fission) dan autotomi iaitu dengan menyerpih kulit badannya. Umumnya tempoh hayat sesetengah spesies timun laut boleh mencapai sehingga 10 tahun.  

Gamat telah digunakan sebagai perawatan tradisional sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh nenek moyang kita sebagai minuman tonik untuk membantu memulihkan sistem peranakan selepas bersalin, penyembuhan luka dalaman dan pembedahan, sakit sendi, radang paru-paru dan juga berkesan untuk memanaskan badan dan memberi tenaga. Minyak gamat juga sering digunakan untuk membantu menyembuhkan luka luaran turut diaplikasi sebagai minyak urut. 

Analisa ke atas gamat mendapati ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, karbohidrat antara 3-5%, lemak kasar kurang daripada 2%. Gamat emas juga turut mengandungi asid amino perlu, kolagen, vitamin E semulajadi, serta mineral-mineral termasuklah kromium, ferum, mangan, nikel, kobalt dan zink. Selain itu, kajian keatas gamat mendapati ianya mengandungi asid lemak Omega-3 yang terdiri dari DHA dan EPA.

No comments:

Post a Comment