Monday, 25 July 2011

JOM TAK NAK MEROKOK...

Rokok mengakibatkan Kanser Paru-Paru, Asap rokok mengeluarkan 4000 bahan kimia dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser.

Kandungan pada Rokok:

Sebahagian maklumat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa rokok mempunyai banyak racun yang mana kegunaannya seperti berikut:

  1. Mentanol-Bahan Api
  2. Karbon Monoksida-asap Kereta
  3. Nitrobenzena-Gasolin
  4. Vinil Klorida-Bahan utama Plastik
  5. Butana-Cecair pemetik api
  6. Arsenik-Racun Tikus
  7. Kadmium-Bahan Utama Bateri akali
  8. Ammonia-Pencuci lantai
  9. Sianida-Racun Berbisa
Dengan lebih jelas penyakit akibat merokok adalah :
  1. Kanser Kerongkong
  2. Kanser Mulut
  3. Katarak, iaitu sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun
  4. Ulser Perut, masalah makanan yang tidak hadam
  5. Penyakit Jantung
  6. Strok.

Hukum Merokok adalah Haram:

Pandangan ulama' terdahulu ; Imam Syafie mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur, al-Umum iaitu; "Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minumam, atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perkara itu adalah jelas haram. (termasuklah ) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap ai adalah haram. ALLAH SWT mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuhan bermakna membunuh diri mereka sendiri.


Artkel di atas merupakan sedikit sebanyak tentang bahayanya merokok.. jadi adakah anda memilih untuk terus menjadi seorang perokok tegar?? dan membiarkan orang disekeliling anda menjadi mangsa anda? jangan tidak tahu.. perokok pasif ( orang yang dipaksa dan terpaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok) adalah lebih berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan.. JADI RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

PATI GAMAT VITA(OREN)

Pati gamat ini berfungsi sebagai penyembuh allergic ... dan berupaya menghilangkan ketagih rokok, disamping menyembuhkan luka dalaman.

Diperkaya dengan Beta-Karotin (Pro-Vitamin A) dan berperisa oren. Dihasilkan dari ekstrak gamat yang kaya dengan protein, mukopolisakarida dan garam galian.

Sesuai diamalkan sebagai pemakanan tambahan bagi tujuan kesihatan.
Kandungan
Pati Gamat Tulen, Pati Oren, Beta-Karotin, Vitamin B1 & B6, Fruktosa dan Air Nyah-Ion

Sunday, 24 July 2011

GAMAT EMAS.....

 GAMAT
ASSALAMUALAIKUM....Zura hari ni nak citer pasal gamat..macam semua orang tau kebaikan gamat nie boleh menyembuhkan luka, tak kira la luka luaran atau dalaman.. Zura tertarik dengan beberapa produk keluaran Gamat Emas ni.. time dalam pantang Zura guna produk ni tau, pati gamat plus (asli).. untuk menyembuh luka time bersalin.. so ape lagi.. bace la artikel kat bawah nie yee..

Gamat sangat popular di kalangan masyarakat melayu dengan kesan penyembuhan luka dan ia adalah merupakan antara famili timun laut. Terdapat lebih 2000 spesis timun laut di dunia, dan 49 spesis di kenalpasti di perairan Malaysia manakala 9 spesis dikenali sebagai gamat (genus Stichopus). Menariknya Gamat emas telah dikenalpasti daripada Stichopus sp. berdasarkan warnanya yang seakan-akan emas dan juga daripada nilai terapeutik dan komersialnya yang sangat luas. 

Gamat adalah sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang). Ia berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian hadapan dan belakang. Haiwan ini makan secara “filter feeders” iaitu makan secara menyapu makanan dalam air atau sedimen menggunakan tentakel ke dalam mulut. Timun laut dan gamat membiak sama ada secara seksual ataupun aseksual iaitu pembelahan badan (fission) dan autotomi iaitu dengan menyerpih kulit badannya. Umumnya tempoh hayat sesetengah spesies timun laut boleh mencapai sehingga 10 tahun.  

Gamat telah digunakan sebagai perawatan tradisional sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh nenek moyang kita sebagai minuman tonik untuk membantu memulihkan sistem peranakan selepas bersalin, penyembuhan luka dalaman dan pembedahan, sakit sendi, radang paru-paru dan juga berkesan untuk memanaskan badan dan memberi tenaga. Minyak gamat juga sering digunakan untuk membantu menyembuhkan luka luaran turut diaplikasi sebagai minyak urut. 

Analisa ke atas gamat mendapati ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, karbohidrat antara 3-5%, lemak kasar kurang daripada 2%. Gamat emas juga turut mengandungi asid amino perlu, kolagen, vitamin E semulajadi, serta mineral-mineral termasuklah kromium, ferum, mangan, nikel, kobalt dan zink. Selain itu, kajian keatas gamat mendapati ianya mengandungi asid lemak Omega-3 yang terdiri dari DHA dan EPA.

Wednesday, 22 June 2011

semuanye mudah di sini

Assalamualaikum semua... saya blogger baru.. minta tunjuk ajar ye...
dengan rasminye pada tarikh 22/6/2011 jam 4.11ptg. bersamaan dengan hari rabu..dengan lafaz Bismillah saya rasmikan blog saya ni.. penawaremas.huhuhu..